ISU SANA-ISU SINI

Saturday, August 8, 2009
Sampai Bila Harus Begini??

Dewasa ini, dunia dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Globalisasi yang ditandai arus gelombang zaman telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral sesebuah masyarakat. Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh pelbagai trend telah memberi kesan sosial-moral yang amat parah. Sebut apa jua isu yang berkaitan seperti ketagihan dadah, sumbang mahram, penderaan dari segi mental, fizikal dan seksual yang melibat golongan wanita dan kanak-kanak, gangsterisme sehinggalah isu kemiskinan yang setiap satu daripadanya, melibatkan orang Melayu. Semua pihak harus mengambil langkah bijak dengan bekerjasama dalam menangani isu-isu yang hangat diperkatakan.

Isu dadah



Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia ada tidak pula berkurangan atau sembuh. Sehubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah iaitu satu penyakit kronik yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah yang kian menjadi agenda utama untuk membasminya dan berharap mereka di luar sana akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri. Dadah tidak tidak mengenal usia, darjat, bangsa dan agama.

Isu Kemiskinan



Usaha kerajaan membantu golongan miskin di negara ini tidak pernah terhenti malah ditingkatkan agar mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya mampu menikmati kehidupan yang lebih baik. bagi memastikan matlamat itu berhasil, bukan sahaja sumbangan wang ringgit dan barang keperluan diberikan malah sokongan moral sentiasa disemai agar mereka berusaha lebih gigih meningkatkan taraf hidup keluarga.








0 helpmate:

Post a Comment