Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969). Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah tangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat (Helvie, 1981).
Jenis-jenis keluarga
- Keluarga nuclear
Ayah, ibu, anak tinggal dalam satu rumah ditetapkan oleh ikatan perkawinan
- Single parent
Satu orang tua (ayah atau ibu) dengan anak
-Extended Family
1, 2, 3 geneasi bersama dalam satu rumah tangga.
Fungsi Keluarga
Menurut WHO (1978)
Fungsi Biologis
(1) Untuk meneruskan keturunan
(2) Memelihara dan membesarkan anak
(3) Memenuhi keperluan gizi keluarga
Fungsi Sosialisasi
(1) Membina sosialisasi pada anak
(2) Membina norma-norma tingkah laku sesuai dengan perkembangan anak
(3) Meneruskan nilai-nilai keluarga
Fungsi Ekonomi
(1) Mencari sumber-sumber penghasilan untuk memenuhi keperluan keluarga
(2) Pendidikan anak, jaminan hari tua
Masalah keluarga
· PERCERAIAN
pasangan perlu mengenalpasti alasan untuk bercerai sebelum persetujuan dicapai.
Terdapat beberapa jenis perceraian dalam islam.
1)Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)
2) Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)
3) Khulu’ (Pampasan kepada suami)
4) Lafaz Talaq
Kesan-kesan perceraian
Perceraian boleh menimbulkan tekanan dan trauma kepada kanak-kanak untuk memulakan hubungan baru. Anak khususnya, akan menghadapi kejutan kesan perpisahan yang tidak mereka relakan.
* Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh menjejaskan pelajaran mereka di sekolah.
* Kanak-kanak ini juga sedikit sebanyak terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa apabila dewasa nanti, jika perkara ini tidak ditangani dengan baik.
· KEGANASAN RUMAH TANGGA
Keganasan melibatkan penderaan fizikal, psikologi, sosial, kewangan dan seksual oleh suami terhadap isteri, sama ada dengan bekas isteri, bekas suami, anak2, ibu bapa atau ahli keluarga yang tinggal bersama, memusnahkan harta benda mangsa.
Dalam konteks ini keganasan rumahtangga/keluarga dimaksudkan sebagai satu jenayah dalam bentuk penggunaan paksaan, sama ada secara fizikal dan psikologi, bagi memenuhi matlamat diri, yang menyebabkan penganiayaan terhadap individu lain yang merupakan sebahagian dari ahli keluarga itu sendiri.
- Penderaan ekonomi atau kewangan
- Keganasan psikologi dan emosi
- Keganasan fizikal
- Penderaan seksual
- Penderaan sosial
Kesan-kesan terhadap isteri
1. Kesan Jiwa
- ketakutan
- tiada keyakinan
- kabur tentang arah masa depan
- hilang sifat kemanusiaan
2. Kesan Mental
- hidupnya akan gelap
- tiada harapan untuk pulih
- bebanan kepada ahli keluarganya untuk membela dan melayaninya
3. Kesan Fizikal
- kerosakan anggota pancaindera seperti buta, pekak dan bisu
- lambat dan memerlukan bantuan orang lain
- terpaksa belajar bahasa isyarat
Kesan-kesan terhadap anak
• lebih mudah menjadi sugul atau berasa kurang berupaya atau berkuasa
• merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya
• merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi
• mengalami kepayahan untuk mempercayai orang lain
• bertindak agresif terhadap ibu mereka sendiri
• Kajian menunjukkan kanak-kanak yang menyaksikan penderaan di rumah akan bertindak menyisihkan diri atau menjadi agresif, menjadi pasif atau membuli kanak-kanak lain dan berkemungkinan mereka juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.
Jenis-jenis perkhidmatan
· BAGI PERCERAIAN
Jabatan Hal ehwal negeri
-Khidmat nasihat kekeluargaan bagi masalah poligami, tidak bersefahaman, campur tangan keluarga, penderaan, pasangan suami isteri tidak bertanggungjawab dan sebagainya
-perkhidmatan kaunseling bagi :
- Membantu individu menangani stress/konflik.
- Memahami peranan dan tanggungjawab.
- Mengubah sikap atau tingkahlaku yang negatif.
- Mengharmonikan perhubungan.
- Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (ada kaitan rapat).
- Mempertingkatkan kemahiran diri.
- Membina sikap asertif (berterus terang) serta keyakinan diri.
- Mengenalpasti masalah serta memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil.
- Merujuk masalah kepada institusi yang tepat.
Mahkamah
-kaunseling pasangan
-proses rujuk
-pembahagian harta
-penjagaan anak
Undang-undang yang terlibat:
* Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (1985)
*Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (non-muslim)
· BAGI KEGANASAN RUMAH TANGGA
Terdapat beberapa pihak yang dapat membantu:
Pegawai Polis
· Seksyen 19, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa untuk membantu mangsa sebagaimana kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai kebajikan.
· Mengambil tindakan sekiranya sesuai
· Menjalankan siasatan yang telah dibuat oleh mangsa dan membuat cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap pesalah sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian.
· Menangkap pesalah yang telah melanggar perintah tersebut atau mengeluarkan pesalah dari tempat di mana dia telah dihalang oleh perintah untuk memasuki atau tinggal di situ.
Pegawai Kebajikan
· Menerangkan kepada mangsa hak-haknya di bawah undang-undang.
· Hendaklah memberi pertolongan kepada mangsa iaitu
- membuat laporan polis
- memfailkan aduan di mahkamah
- mengatur rawatan perubatan kepada mangsa.
- mengatur tempat perlindungan dan pengangkutan
- menemani mangsa ke tempat kediaman atau tempat tinggalnya bagi tujuan mengambil atau memindahkan barang- barang kepunyaannya.
Mahkamah
· Menerima dan merekodkan aduan yang difailkan
· Mendengar serta membuat keputusan tentang aduan dengan seberapa segera berdasarkan seksyen 14
· Mengeluarkan perintah yang bersesuaian seperti perintah perlindungan, pampasan kewangan
· Memerintah supaya pemulihan psikoterapi atau kaunseling diberi kepada mangsa atau pesalah
· Menyelenggara rekod berhubung dengan butir-butir terperinci seperti butir-butir pihak yang terlibat, kecederaan, perintah yang dikeluarkan dan sebagainya.
Biro Bantuan Guaman
· Terdiri daripada pegawai telatih dalam bidang undang-undang
· Membantu mangsa membuat laporan polis
· Memfailkan aduan di mahkamah
· Memberikan nasihat untuk dapatkan perintah mahkamah
Peranan Individu
· Adukan masalah
· Perlu berterus-terang dengan meluahkan masalahnya
· Berbincang tentang pilihan yang boleh diambil
· bantu membuat rancangan sekiranya ada kecemasan
· menyediakan "tempat selamat" dan membuat laporan kepada pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis
· Seksyen 18(2) perlindungan yang diberikan kepada "pemberi maklumat" walaupun maklumat yang diberikan itu didapati tidak betul atau kurang tepat.
Undang-undang yang terlibat:
AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994
Statistik Kes Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri, 2000-2005
Negeri | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 |
Johor | 377 | 379 | 187 | 234 | 465 | 210 |
Kedah | 177 | 179 | 177 | 179 | 264 | 212 |
Kelantan | 33 | 36 | 47 | 19 | 27 | 55 |
Melaka | 92 | 56 | 67 | 68 | 104 | 115 |
Negeri Sembilan | 349 | 318 | 242 | 301 | 262 | 141 |
Pahang | 150 | 161 | 202 | 188 | 206 | 121 |
Perak | 269 | 185 | 135 | 123 | 85 | 110 |
Perlis | 39 | 27 | 39 | 32 | 53 | 17 |
Pulau Pinang | 399 | 431 | 269 | 231 | 255 | 194 |
Sabah | 102 | 86 | 85 | 69 | 124 | 79 |
Sarawak | 316 | 203 | 222 | 201 | 208 | 164 |
Selangor | 877 | 855 | 942 | 805 | 932 | 604 |
Terengganu | 24 | 29 | 10 | 9 | 21 | 15 |
WP Kuala Lumpur | 264 | 162 | 131 | 96 | 95 | 51 |
Jumlah | 3,468 | 3,107 | 2,755 | 2,555 | 3,101 | 2,088 |
Jumlah
Nota: 2005¹ sehingga Ogos 2005
Sumber: Polis Diraja Malaysia
0 helpmate:
Post a Comment