STATISTIK KEMISKINAN LUAR BANDAR

Thursday, October 22, 2009

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

Kemiskinan Mutlak

Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Kemiskinan Relatif

Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar. Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.


Kawasan

Miskin

Miskin Tegar

Isi Rumah
(RM)

Per Kapita (RM)

Isi Rumah (RM)

Per Kapita
(RM)

Semenanjung

660

150

400

90

Sabah

900

170

500

100

Sarawak

770

170

450

100

Golongan Miskin Tegar - Sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan kasar bulanan kasar isi rumah tersebut kurang daripada PGK makanan.

Tahun

1970

1990

1997

1999

2004

Kadar Kemiskinan

49.3%

16.5%

6.1%

7.5%

4.3%

Bandar

22.3%

7.1%

2.1%

3.4%

1.6%

Luar Bandar

60.0%

21.1%

10.9%

12.4%

9.6%

Kadar Kemiskinan Tegar

-

3.9%

1.4%

1.4%

0.7%

Bandar

-

1.3%

0.4%

0.5%

0.2%

Luar Bandar

-

5.2%

2.5%

2.4%

1.5%

Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar, Malaysia 1970-2004


Butiran

Bumiputera

Cina

India

Total

Kemiskinan Tegar

1.9%

0.1%

0.3%

0.7%

Bandar

0.7%

neg¹

0.2%

0.2%

Luar Bandar

3.3%

0.3%

0.5%

1.5%

Kemiskinan

8.3%

0.6%

2.9%

4.3%

Bandar

4.1%

0.4%

2.4%

1.6%

Luar Bandar

13.4%

0.3%

5.4%

9.6%

Kadar Kemiskinan, Kemiskinan Tegar x Kumpulan Etnik, 2004

Sumber : Majlis Taklimat Pemantapan Jentera Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan Selangor 13 Dis 2007.

0 helpmate:

Post a Comment